Surat ditandatangan bukan bon atau kosongkan kerusi

Politics
27 Jul 2023 • 8:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Warisan tetap akan mengambil tindakan terhadap ADUN yang keluar daripada parti itu ke mahkamah. Gambar kecil: Awang Ahmad Sah

PUTATAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari memaklumkan bahawa kandungan surat yang ditandatanganinya bersama Parti Warisan (Warisan) bukan berkaitan bon ataupun diminta untuk mengosongkan kerusi jika keluar daripada parti.

Sebaliknya, beliau berkata, surat yang ditandatanganinya itu hanya berkaitan individu dijadikan calon dan berjanji supaya setia kepada parti.

"Kita tidak tandatangan bon cuma tandatangani untuk menjadi calon dan berjanji setia kepada parti.

"Tidak begitu (kandungan surat nyatakan perlu kosongkan kerusi)," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Warisan akan tetap mengheret 11 ADUN yang keluar daripada Warisan ke mahkamah.

Ujarnya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang surat mengenai tindakan saman.

"Belum ada tindakan saman, sehingga ke hari ini saya belum terima surat daripada peguam.

"Saya tidak risau, ini masalah Warisan dan kalau dibawa ke mahkamah, terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Warisan tetap akan mengambil tindakan terhadap ADUN yang keluar daripada parti itu ke mahkamah.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tindakan akan diambil atas kesalahan melanggar syarat perjanjian yang telah ditandatangani bersama parti Warisan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved