Surat Tawaran Haji Keluar Bermula 22 Mac, Giliran Berdasarkan Prinsip ‘Dahulu Didahulukan’

Politics
20 Mar 2023 • 7:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tabung Haji akan mengeluarkan surat tawaran kepada 31,600 jemaah haji bagi tahun 2023 mulai 22 Mac ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran menunaikan haji kepada 31,600 jemaah bagi tahun 2023 bermula Rabu ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, bakal jemaah perlu melepasi pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja.

Katanya bakal jemaah boleh menjawab surat tawaran itu melalui aplikasi THiJARI atau bagi kes tertentu, mereka boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH berdekatan.

image is not available
Amrin Awaluddin - Gambar fail

“Bagi pemilihan jemaah, TH akan mengutamakan bakal jemaah giliran tunai haji pada tahun 2020.

“Ia diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023,” katanya.

Beliau berkata, giliran pemilihan itu adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip ‘dahulu didahulukan’.

“Rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac ini, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram.

“Tahun ini pihak kerajaan Arab Saudi tidak lagi menghadkan umur untuk tunai haji,” katanya. – Getaran, 20 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved