
KUDAT: Penantian masyarakat Islam di Kg Lotong, di sini, untuk mempunyai sebuah surau baharu dibina di kawasan itu akhirnya tercapai.
Surau baharu itu dijangka siap pada 30 Julai.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, RM200,000 diperuntukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) untuk pembinaan Surau Kampung Lotong itu.

