Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

2 May 2024 • 5:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Terengganu merupakan salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai pelbagai tarikan untuk para pelancong dari dalam dan luar negara.

Antara tarikan utama di negeri itu semestinya keindahan pulau-pulaunya dengan air laut yang ‘crystal clear’ serta pasir pantai halus berwarna putih.

Tidak hanya itu, Terengganu juga cukup terkenal menjadi tempat kehidupan reptilia lautan iaitu Penyu sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu daya tarikan utama di sana.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah surau unik di Terengganu yang baru dirasmikan pada bulan Februari lalu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ceosekmung, hampir keseluruhan binaan surau terbabit diperbuat daripada buluh.

Surau dibina dengan menggunakan lebih 3,000 batang buluh pelbagai jenis

Difahamkan, lebih 3,000 batang buluh dengan pelbagai jenis seperti buluh Betung, Semantan, Madu dan Brang dan banyak lagi yang digunakan untuk membina Surau Buluh ini.

Tidak hanya itu, surau ini juga dikatakan terbuka untuk semua orang datang beribadah dan mengambil gambar.

Lebih menarik lagi, Surau Buluh yang terletak di Kampung Banggol Tiang Kulat, Kuala Nerus itu juga dibina seperti bentuk penyu.

Memetik laporan Kosmo, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, surau terbabit merupakan rumah ibadat Islam pertama di Asia yang diperbuat daripada buluh.

Jelas Abdul Rafa, Surau Buluh ini mula dibina pada tahun 2021 dan mampu menjadi salah satu tarikan terbaharu bagi pengunjung luar ke daerah itu terutama ketika bulan Ramadan.

Source:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved