Surcaj Bahan Api Pos Malaysia Berkuat Kuasa 18 Mac

LocalBusiness & Finance
19 Mar 2026 • 12:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Surcaj Bahan Api Pos Malaysia Berkuat Kuasa 18 Mac

Pos Malaysia Berhad mengumumkan pelaksanaan surcaj bahan api berkuatkuasa 18 Mac 2026.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Pos Malaysia, surcaj yang dikenakan adalah mengikut kategori penghantaran domestik dan antarabangsa.

Bagi penghantaran antarabangsa, 40 peratus surcaj bahan api dikenakan bagi perkhidmatan Redly Express, Redly Priority (EMS), Paket Kecil, Parcel Udara dan Mel Pukal Udara Antarabangsa.

Flexipack Antarabangsa pula dikenakan caj di kaunter penyerahan.

Sementara itu, caj tambahan sebanyak 15 peratus akan dikenakan bagi beberapa kategori penghantaran domestik termasuk Zon 4 iaitu penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

Turut terlibat Zon 5 meliputi penghantaran dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia serta penghantaran antara Sabah dan Sarawak.

Baca juga:

Selain itu, perkhidmatan Pos Laju Prabayar (Biru) dan MyDistribution juga termasuk dalam pelaksanaan caj berkenaan.

Pos Malaysia menjelaskan bahawa caj tersebut akan ditambah kepada surcaj bahan api domestik sedia ada.

Menurut kenyataan itu, bermula 27 Mac 2026, kadar surcaj akan dikemas kini setiap hari Jumaat dan akan terpakai bagi minggu berikutnya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar terkini melalui laman sesawang rasmi Pos Malaysia di https://www.pos.com.my/parcel/fuel-surcharge.

image is not available