Surendran Umum Keluar PKR -“Anggap Ini Peletakan Jawatan Saya”

Politics
8 Feb 2024 • 4:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas ahli parlimen Padang Serai, N Surendran umum keluar meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengejutkan ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Surendran di laman sosialnya, dia membuat keputusan tersebut dengan mendakwa parti itu tidak lagi mewakili perubahan dan pembaharuan.

Pendirian itu didedahkan untuk memberi respon kepada pengarah komunikasi parti Fahmi Fadzil yang mengingatkannya supaya mengamalkan disiplin parti apabila menyatakan rasa tidak puas hati.

Surendran umum keluar PKR

“Fahmi, tak kisahlah disiplin parti. Saya pun dah lama tak jadi ahli parti yang aktif. Saya bertanya tentang pembaharuan yang pernah dijanjikan PKR. Tiada jawapan yang baik untuk itu.

“Tidak ada gunanya menjadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan pembaharuan.

“Anggap ini sebagai peletakan jawatan saya,” kata Surendran, yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Serai dari 2013 hingga 2018.

image is not available

Teguran yang dilakukan oleh Fahmi kepada Surendran disebabkan oleh bekas naib presiden PKR itu secara terbuka mengkritik pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana berdiam diri dalam siasatan atas dakwaan menghasut terhadap bekas ahli parlimen Damansara Tony Pua.

Mana tidaknya, tindakan Pua yang mengkritik keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui catatan Facebooknya menyebabkan dia disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

“Siasatan hasutan ke atas Pua, namun Harapan/DAP kebanyakannya senyap – agak memalukan. Betapa dalamnya kawan-kawan lama saya telah karam,” tulis Surendran.

image is not available

Sumber: X @N.Surendran