
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
TikTok, platform video mudah alih yang terkemuka, memperluas program kesedaran keselamatan digitalnya ke luar Lembah Klang. Program bertajuk ‘Surf’s Up: Deputies of Digital Literacy’ tersebut disampaikan kepada graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dengan menekankan kepentingan menjadi ‘netizen’ bertanggungjawab.
Hari ini, media sosial telah menjadi sebati dengan kehidupan bakal graduan. Namun, ramai daripada mereka yang baru memasuki alam pekerjaan masih mempunyai kurang kesedaran tentang impak kekal jejak digital mereka.
Apa yang dikongsi hari ini mampu mempengaruhi reputasi profesional dan peluang kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh itu, TikTok, bersama UTeM dan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), telah menyampaikan panduan praktikal melalui sebuah sesi panel.
Perbincangan itu memastikan para graduan memiliki kematangan dan tanggungjawab digital yang diperlukan, supaya mereka dapat memanfaatkan dunia digital untuk membina kredibiliti profesional serta menyumbang secara beretika kepada ekonomi digital Malaysia.
Siri keempat jelajah universiti Surf’s Up oleh TikTok Malaysia, yang diadakan semasa Pesta Konvo UTeM pada 1 November 2025 mengetengahkan literasi digital sebagai asas kepada keselamatan peribadi dan perkembangan profesional. Bertemakan “Online With A Purpose”, sesi tersebut membimbing bakal graduan teknikal dalam membina jejak digital yang positif dan berwibawa.
Meneroka Lanskap Digital: Dari Kampus ke Tenaga Kerja
Acara tersebut merangkumi sesi panel interaktif yang dikendalikan oleh Hazeman Huzir, dan menampilkan Pengurus Dasar Awam TikTok Malaysia, Aliff Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum (CMCF), Mediha Mahmood; Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar) dari Fakulti Kecerdasan Buatan & Keselamatan Siber UTeM, Ts. Dr. Muhammad Noorazlan Shah; serta Pengasas & Pencipta Kandungan Aiszzy Electronics, Ts. ’Aqilah Zainuddin.
Mereka meneroka kaitan antara pendidikan, teknologi dan keselamatan dalam talian. Dengan latar belakang dalam bidang dasar, akademik dan penciptaan kandungan, para penceramah sebulat suara menegaskan bahawa kehadiran digital pelajar kini tidak lagi terpisah daripada kehidupan profesional mereka.
Justeru, kepekaan digital sudah menjadi kemahiran hidup yang penting buat graduan yang bakal memasuki dunia pekerjaan.
Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Alumni), Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber UTeM, Ts. Dr. Muhammad Noorazlan Shah, berkongsi perspektif akademik dengan mengaitkan tingkah laku dalam talian secara langsung kepada prospek pekerjaan.
“Literasi digital harus dianggap sebagai kemahiran hidup, bukan sekadar topik bilik darjah. Kami tekankan kepada para pelajar bahawa kehadiran digital datang dengan tanggungjawab. Majikan hari ini sering menyemak profil media sosial sebagai sebahagian daripada proses pengambilan pekerja, dan setiap hantaran akan meninggalkan jejak digital kekal,” kata Dr. Noorazlan. “Kami menggalakkan pelajar menggunakan platform digital untuk membina kandungan yang bermakna dan berasaskan kemahiran yang mencerminkan keupayaan mereka — bukan perkongsian tanpa tujuan yang boleh menjejaskan imej profesional.”

Perbincangan turut menekankan kepentingan usaha kolaboratif antara platform, pengawal selia dan pengguna untuk memupuk persekitaran digital yang selamat dan dipercayai. Dalam pada itu, TikTok menegaskan komitmen jangka panjangnya terhadap pendidikan keselamatan yang proaktif menerusi kempen seperti #ThinkTwice.
“Keselamatan dalam talian merupakan tanggungjawab bersama antara komuniti, pengawal selia, dan platform, Pengguna, terutamanya graduan terkini digalakkan untuk #FikirDulu (#ThinkTwice) – berhenti sejenak dan persoalkan kesahihan, keperluan serta kebaikan kandungan sebelum berkongsi,” kata Pengurus Dasar Awam TikTok Malaysia, Aliff Zakaria. “Kami ingin memastikan komuniti kami berasa selamat untuk mengekspresikan diri di platfrom kami, terlindung oleh Garis Panduan Komuniti, dan digalakkan untu mengamalkan tingkah laku poitif dengan menggunakan alat keselamatan kami seperti Family Pairing, Manage Topics, Creator Care Mode dan banyak lagi.”
Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum, Mediha Mahmood, pula menekankan kepentingan kawal selia kendiri dan piawaian komuniti, sambil berkongsi pandangannya tentang tanggungjawab sivik yang harus digalas oleh setiap ‘netizen’.
“Asas keselamatan dan kredibiliti digital terletak pada tanggungjawab peribadi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum, Mediha Mahmood.
“Sebagai pengguna, kita perlu bertanggungjawab atas setiap perkongsian. Internet tidak menghapuskan tanggungjawab kita. Sebaliknya, ia memperbesarkannya. Kolaborasi kami dalam siri Surf’s Up adalah langkah penting dalam memupuk budaya digital yang berteraskan kawal selia kendiri, di mana pilihan bijak menjadi kebiasaan dan setiap kandungan — sama ada daripada pencipta atau penonton — adalah bertimbang rasa, selamat, beretika dan boleh dipercayai.”

Tik-Talks: Mentransformasi Kepakaran Teknikal kepada Inspirasi Digital
Program ini turut menampilkan segmen Tik-Talk bersama pencipta kandungan, sebagai contoh bagaimana pengetahuan teknikal boleh dijadikan pendidikan digital untuk menginspirasikan graduan UTeM. Ts. ’Aqilah Zainuddin, jurutera elektronik, pengasas Aiszzy Electronics dan pencipta TikTok, berkongsi cara beliau menggunakan platform tersebut untuk menceritakan kerjaya, kepakaran, dan pengalaman peribadinya.
Beliau berkongsi pelbagai pengalamannya, daripada mengekod dan membangunkan prototaip projeknya, hingga bekerjasama dengan industri fesyen tempatan untuk menghasilkan pakaian menakjubkan bagi persembahan selebriti.
“Pada mulanya, saya cuma seorang introvert yang lebih suka bekerja di belakang tabir. Namun, saya sedar kemahiran kejuruteraan saya boleh memberi inspirasi dan pendidikan kepada orang lain, terutamanya mereka yang ingin tahu tentang teknologi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Pengasas & Pencipta Aiszzy Electronics, Ts. ’Aqilah Zainuddin.
“Fokus saya berubah daripada minat peribadi kepada memberikan nilai yang bermakna. Tidak kira ketika mengajar pengekodan atau membina prototaip, saya pastikan maklumat yang dikongsi adalah tepat, berasaskan kajian dan jelas. Keaslian yang disokong oleh tanggungjawab inilah yang menjadi pemacu kepada impak positif dalam talian yang berkekalan.”
Komitmen kepada #ThinkTwice dalam Ekosistem Digital Hari Ini
Sesi di UTeM diakhiri dengan komitmen lebih 300 graduan dan juga mahasiswa untuk menjadi warga digital yang bertanggungjawab, setelah mereka mengikrarkan janji kempen keselamatan #ThinkTwice TikTok.
Penyertaan ini mencerminkan kesungguhan pemimpin masa depan untuk mengamalkan kawal selia kendiri dan perkongsian yang berhemat. Dengan tindakan ini, para peserta menterjemahkan kemahiran mereka kepada tindakan sosial yang positif, sambil membantu membina persekitaran digital yang selamat, bermakna, dan diperkasakan untuk semua rakyat Malaysia.
@tiktok_malaysia ♬ original sound – TikTok Malaysia – TikTok Malaysia
Surf’s Up at UTeM!
TikTok’s empowering the next generation to make their mark online, with over 300 grads pledging to go #OnlineWithAPurpose
Massive shoutout to our incredible speakers @Aiszzy Electronics and @Hazeman Huzir and Aliff Zakaria, Mediha Mahmood and Ts. Dr. Muhammad Noorazlan Shah for keeping it real
The digital world is yours to own ; #ThinkTwice before you post!
🫵
#முதலில்சிந்தியுங்கள் #SpreadKindness #FikirDulu
