Suri rumah ditemui maut dengan tiga kesan tikaman di dada

12 Nov 2023 • 12:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

MELAKA - Seorang suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman senjata tajam di dada di dalam tandas rumahnya di Taman Vista Kirana, Bukit Katil di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisoner Christopher Patit berkata, mayat mangsa ditemukan ibu saudaranya dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik mandi rumah tersebut pada kira-kira 3.30 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa maut dengan terdapat tiga kesan tikaman di dada kiri berkedalaman antara 2 hingga 3 sentimeter (sm). Sebilah pisau juga ditemukan masih terpacak di dada kiri mangsa.

"Semasa kejadian wanita itu hanya tinggal bersama ibu saudara dan anak lelakinya berumur 7 tahun, manakala suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Christopher berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan dan pintu belakang.

Beliau berkata, pemeriksaan di kawasan sekeliling dan dalam rumah juga mendapati tiada kesan geledah atau kesan selerak.

"Setakat ini, tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian ini dan mayat diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat pada hari ini bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya. - Bernama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved