Suri rumah terpedaya pelaburan palsu, duit simpanan RM223,000 lesap

LocalPersonal Finance
30 Sep 2025 • 11:12 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUANTAN, 30 SEPT: Seorang suri rumah kerugian RM223,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud menerusi panggilan telefon, dua minggu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 51 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek menawarkan peluang pelaburan menjanjikan kadar pulangan tinggi.

Beliau berkata mangsa telah memberi maklumat peribadi dan diarahkan memuat turun aplikasi mudah alih melalui pautan dihantar suspek.

“Selepas itu, mangsa membuat 12 transaksi pemindahan wang menggunakan simpanan peribadi dan peninggalan mendiang suami ke tujuh akaun bank diberikan suspek.

“Bagaimanapun, wanita itu menyedari ditipu setelah dimaklumkan oleh pihak bank bahawa akaun penerima dikenal pasti terlibat sindiket penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved