
Kota Kinabalu: Seorang suri rumah berusia 53 tahun, yang menipu tiga wanita sebanyak RM11,760 dengan mendakwa dia boleh membantu mendapatkan MyKad, sijil kelahiran dan dokumen kewarganegaraan, dihukum penjara berjumlah 48 bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
Nora Dammang, yang memegang MyPR, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus dan Marilyn Kelvin kerana melakukan kesalahan itu sekitar Mei tahun ini di Kg Gudon, Manggatal.
Bagi pertuduhan pertama, Nora dipenjara 14 bulan dan denda RM2,000, atau dua bulan penjara kerana menipu seorang wanita bernama Ichik Lundaman sebanyak RM790 dengan secara tipu mendakwa dia boleh membantu mendapatkan sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Bagi pertuduhan kedua, Nora dihukum penjara 18 bulan dan denda RM2,000, atau dua bulan penjara kerana memperdaya Jahara Pata untuk menyerahkan RM2,600 bagi tujuan mendapatkan MyKad untuk anaknya.
Bagi pertuduhan ketiga, Nora dijatuhi hukuman penjara 16 bulan dan denda RM2,000 atau enam bulan penjara kerana menipu Jaima Omar sebanyak RM8,300 dengan mendakwa dia boleh menguruskan dokumen kewarganegaraan untuk anak-anak Jaima.
Setiap pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga sepuluh tahun, sebatan, dan denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa bagi kes pertama dan kedua, hasil siasatan mendapati pada Mei tahun ini, pengadu telah berurusan dengan jirannya yang dikenali sebagai Nora untuk menguruskan MyKad bagi kakak iparnya, Jahara Pata, dan sijil kelahiran untuk adiknya, Ichik Lundaman.
Semasa pertemuan mereka, Nora mendakwa dia mempunyai kenalan di JPN yang boleh membantu mendapatkan dokumen terbabit. Pengadu menunjukkan minat dan Nora meminta bayaran untuk perkhidmatan itu.
Kerana percaya dokumen itu akan siap dengan cepat, pengadu membuat empat pembayaran tunai berjumlah RM3,370.
Wang itu adalah milik adik dan kakak ipar pengadu dan telah diserahkan kepada Nora seperti yang dipersetujui.
Bagaimanapun, dokumen terbabit tidak pernah diterima. Apabila ditanya, Nora berulang kali berjanji untuk memulangkan wang berkenaan tetapi gagal berbuat demikian, sebaliknya memberi pelbagai alasan.
Berasa ditipu, pengadu membuat laporan polis dan Nora ditangkap pada 14 Julai.
Sementara itu, dalam kes ketiga, mahkamah diberitahu bahawa pada 2 Mei jam 2 petang, pengadu berurusan dengan jirannya, Nora, untuk menguruskan sijil kelahiran berstatus kewarganegaraan untuk tiga anaknya.
Nora meyakinkan pengadu bahawa dia mempunyai kenalan yang boleh membantu dalam proses dokumentasi, namun memerlukan bayaran.
Pengadu bersetuju dan membuat bayaran berjumlah RM8,300 melalui tunai dan pindahan wang ke dua akaun bank yang berbeza. Nora berjanji dokumen akan siap dengan segera.
Bagaimanapun, apabila tiada dokumen diterima dan Nora terus memberi alasan, pengadu menyedari dirinya telah ditipu. Walaupun telah diberi jaminan berkali-kali bahawa wang akan dipulangkan, tiada bayaran balik dibuat.
Satu laporan polis kemudian dibuat untuk tindakan lanjut. Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Nora memohon hukuman ringan bermula dari tarikh tangkapannya memandangkan Nora sudah berkahwin dengan lima anak dan merupakan suri rumah sepenuh masa.
Pihak pendakwaan menggesa hukuman pencegahan. Nora diperintah mejalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.
Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill Karamjit Singh dan Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.



