Suri rumah warga Jepun ditemui meninggal jatuh kondo, sudah 14 tahun menetap di Malaysia

1 Mar 2025 • 12:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang suri rumah warga Jepun ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pagi semalam.

image is not available

Suri rumah warga Jepun jatuh dari tingkat 4 kondominum

Memetik laporan dari Kosmo! Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan yang pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 sekitar jam 8.07 pagi sebelum pasukan peronda segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati mangsa, seorang wanita warga Jepun berusia lingkungan 50-an, telah meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di atas tanah,” katanya.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Suri rumah warga Jepun sudah 14 tahun tinggal di Malaysia

Tambahnya, mangsa yang merupakan seorang suri rumah telah menetap di Malaysia selama lebih 14 tahun.

Berdasarkan pemeriksaan awal, tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian mahupun pada tubuh mangsa.

“Kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kematian mangsa,” jelasnya.

Jasad sudah diserahkan kepada keluarga

Menurut Wan Azlan lagi, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut dan proses pelepasan jasad sedang diselesaikan sebelum diserahkan kepada suami mangsa.

image is not available

Kredit gambar: Kosmo!

Beliau turut menggesa orang ramai yang mengalami tekanan atau kemurungan agar mendapatkan bantuan profesional seperti sesi kaunseling bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Kosmo!