Suria FM Berwajah Baharu, Tukar Tagline Jadi Muzik & Jiwa

LocalEntertainment
17 Nov 2025 • 12:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Bermula 17 November 2025, Suria FM bakal tampil dengan wajah baharu yang merangkumi perubahan dari segi tagline, nama segmen, serta keseluruhan identiti visual stesen. Transformasi ini memberi nafas baharu kepada Suria dengan penampilan yang lebih segar, bertenaga dan moden, agar terus dekat di hati pendengar masa kini.

Untuk memperkukuh kedudukan Suria FM sebagai radio pilihan utama, proses transformasi strategi jenama ini akan dilancarkan secara rasmi pada 17 November (Isnin). Inisiatif ini dirangka bagi menarik minat pendengar muda untuk mendekati Suria, sambil mengekalkan kesetiaan pendengar sedia ada yang telah lama bersama stesen ini.

Selaras dengan hala tuju baharu ini, Suria memperkenalkan tagline baharu “Muzik & Jiwa”, menggantikan tagline sebelumnya, “Segalanya Hiburan”.

Tagline ini lahir daripada keinginan untuk menonjolkan kekuatan utama Suria. “Muzik” melambangkan asas identiti Suria sebagai stesen yang sentiasa dekat dengan pendengar melalui pilihan lagu-lagu terbaik, daripada lagu 90-an hingga ke hits terkini.

Sementara itu, “Jiwa” menggambarkan semangat dan personaliti Suria yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi turut menyebarkan nilai positif, kasih sayang dan keikhlasan dalam setiap penyampaian.

Tagline ini turut menandakan bahawa Suria kini bukan sekadar stesen radio hiburan, tetapi sebuah jenama yang hidup melalui muzik dan jiwa, memahami emosi, pengalaman dan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Bersempena pelancaran ini, Suria turut memperkenalkan nama-nama segmen baharu yang mencerminkan personaliti dan tenaga segar barisan penyampainya:

  • Morning – Morning Suria  kini dikenali sebagai Pagi On Suria
  • Gaya Suria diperbaharui kepada Vibe Suria
  • Muzik Top Suria kini menjadi Playlist Suria
  • Suria Petang  sebagai Chill Petang Suria

Walau bagaimanapun Kafe Suria dan Suria Cinta kekal dengan identiti tersendiri yang terus menjadi pilihan pendengar setia.

View this post on Instagram

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Sebelum pelancaran rasmi ini, Suria telah mengadakan Majlis “Inilah Suria” pada 12 November 2025, sebuah majlis khas yang menghimpunkan rakan media, klien dan rakan strategik. Acara tersebut menampilkan tayangan eksklusif mengenai inisiatif-inisiatif Suria bagi tahun 2026, bukan sahaja sebagai stesen radio, tetapi juga sebagai jenama yang lebih komprehensif, berjiwa muda dan rakyat.

Transformasi ini turut meliputi pembaharuan dalam kandungan program radio, pengalaman digital yang lebih interaktifagar Suria terus menjadi pilihan utama di setiap platform dari udara hingga ke digital.

Dengan semangat baharu Suria bersedia untuk melangkah ke hadapan dengan membawa misi untuk dekat di hati rakyat Malaysia melalui Muzik dan Jiwa.