Suria KLCC adakan lawatan mesra di Sinar Harian

LocalEntertainment
12 Dec 2024 • 1:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Francis (tengah) bersama Farah (empat dari kanan), Airol Fadley (dua dari kanan), Junhairi (tiga dari kiri) dan Nik Justin (empat dari kiri) serta Sherina ketika mengunjungi Kompleks Karangkraf pada Khamis.

image is not available
Nik Justin (tiga dari kiri) memberikan penerangan kepada Francis Tan (dua dari kanan) ketika Suria KLCC Sdn Bhd mengadakan lawatan mesra ke Sinar Harian pada Khamis.

image is not available
Francis Tan (kanan) berkata sesuatu kepada Nik Justin ketika melawat kedai buku Karangkraf Mall pada Khamis.

image is not available
Suria KLCC Sdn Bhd mengadakan lawatan mesra ke Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pada Khamis.

SHAH ALAM - Suria KLCC Sdn Bhd mengadakan lawatan mesra ke Sinar Harian bagi mengenali struktur pengurusan operasi syarikat itu di Kompleks Karangkraf di sini pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, kunjungan tersebut juga bertujuan memahami cara industri media beroperasi dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat.

“Saya sangat teruja untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Sinar Harian. Saya dapat lihat betapa besarnya peranan dan mesej yang boleh mereka bawa kepada masyarakat.

“Kami juga memerlukan rakan media untuk menyampaikan informasi dengan jelas daripada Suria KLCC kepada komuniti. Apa yang boleh saya katakan di sini, sudah tentu kami akan berhubung lagi bersama Sinar Harian pada masa hadapan,” katanya ketika lawatan tersebut.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Pengurus Besar Jualan Iklan, Airol Fadley Limin; Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin serta Pengurus, Komunikasi dan Perhubungan Awam Suria KLCC, Sherina Khairi.

**media[2925403]**

Dalam pada itu, Francis turut berkongsi perkhabaran mengenai pembangunan semula Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya pada 20 Februari 2025.

Jelas beliau, pembangunan semula itu adalah salah satu usaha pihaknya untuk memuaskan permintaan para pelanggan terhadap pengoperasian pusat beli-belah tersebut.

“Ia akan berubah daripada pusat beli-belah Alamanda lama kepada baharu. Kami ingin tunjukkan kepada pengunjung berkenaan usaha yang diberikan kepada mereka untuk dinikmati.

“Kami buat apa yang pengunjung mahukan dan beri segalanya untuk mereka. Jadi saya harap, mereka akan lebih teruja dan berpuas hati dengan pembaharuan ini,” ujarnya.