Surirumah Ranau menang pertandingan memasak maggi, bawa pulang D-Max

LocalFood
15 Aug 2024 • 3:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jeremy S Zabala

Kota Kinabalu: Velyzeah Barukon, 39, tidak dapat berkata-kata dan menitiskan air mata kegembiraan setelah diumumkan sebagai pemenang utama Maggi® “Jom Masak & Menang Bersama” tahun ini, sekali gus membawa pulang sebuah Isuzu D-Max baharu.

Surirumah dari Ranau itu berdepan pertandingan memasak sengit dalam peringkat akhir menewaskan tujuh finalis lain untuk muncul juara setelah memperlihatkan kebolehannya dalam menyediakan hidangan yang menampilkan masakan tempatan terkenal – Tuhau.

Tujuh finalis lain juga tidak pulang dengan tangan kosong, mereka masing-masing membawa pulang peralatan rumah berjenama bernilai RM2,000 setelah menunjukkan kemahiran dan kebolehan luar biasa dalam menyediakan hidangan tradisional di hadapan panel hakim yang terdiri daripada Pengerusi Perbadanan

Kemajuan Luar Bandar Sabah Jannie Lasimbang, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi®, Malaysia dan Singapura Ivy Tan Link Cheh, Chef Korporat Nestle Muhammad Hakimi Badrul Hisham, dan pensyarah Kolej Komuniti Beaufort Afiqah Jamaludin.

SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more Sementara itu, Jannie memuji komitmen Maggi dan sokongan berterusan mereka terhadap Perayaan Kaamatan sambil pada masa sama membantu organisasi berasaskan komuniti – terutamanya di Sabah – melalui pertandingan ini.

Beliau berkata pendekatan kreatif oleh Maggi bukan sahaja meraikan perayaan tempatan melalui makanan tetapi juga menekankan pentingnya peranan mereka dalam memberi ganjaran kepada komuniti serta menjalankan tanggungjawab sosial mereka.

“Maggi telah menjadi sebahagian daripada perayaan ini selama lebih dua dekad. Usaha mereka menggabungkan produk mereka dengan resipi keluarga yang diwarisi dari generasi ke generasi menunjukkan komitmen jangka panjang mereka kepada rakyat Sabah.”

“Penting untuk saya tekankan di sini peranan makanan yang mampu menyatukan komuniti. Maggi berjaya merapatkan jurang antara komuniti melalui penglibatan aktif mereka dalam menghidupkan semula tradisi dan warisan lama dengan cara yang moden dan relevan.

“Inisiatif seperti pertandingan ‘Jom Masak & Menang Bersama’ dan kerjasama mereka dengan Kementerian Pendidikan dalam MSSCC (Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi) adalah contoh baik bagaimana syarikat swasta boleh bekerjasama dengan komuniti untuk membina hubungan yang lebih kukuh dan memupuk bakat kulinari dalam kalangan generasi muda,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan peringkat akhir Maggi® “Jom Masak & Menang Bersama” di Pusat Beli-Belah Suria Sabah, di sini, pada baru-baru ini.

Beliau juga berterima kasih kepada organisasi itu atas inisiatif mereka melaksanakan pertandingan yang dijadikan sebagai platform pengumpulan dana untuk komuniti – khususnya bagi penduduk luar bandar – yang akan digunakan untuk peralatan bagi meningkatkan produktiviti pertanian tempatan.

Jannie berkata ini akan membantu petani tempatan dengan membekalkan mereka teknologi yang lebih baik untuk memastikan masa depan yang lebih lestari.

“Maggi bukan sahaja menyumbang dari segi kewangan, tetapi mereka juga berjaya memperkukuhkan keupayaan masyarakat kita untuk berkembang dan menjadi lebih berdikari.

“Ini menunjukkan komitmen Maggi yang melangkaui kecemerlangan kulinari kepada pertanian mampan dan pemerkasaan ekonomi. Kerjasama seperti ini membuktikan bahawa syarikat korporat dan komuniti boleh bekerjasama untuk mencapai matlamat yang lebih besar.

“Kami di Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah sangat menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh Maggi dan rakan-rakan kami dari industri dalam menyokong dan memajukan budaya serta tradisi Sabah. Ini menunjukkan betapa pentingnya kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam memastikan kelestarian budaya dan kebahagiaan sosial,” tambahnya.

Terdahulu, Ivy melahirkan rasa terima kasih atas peluang untuk bekerjasama dengan Rakan Kongsi Organisasi Masyarakat di Sabah (Pacos) Trust yang membawa kepada penubuhan sebuah platform bukan sahaja untuk pengumpulan dana tetapi juga bagi mempamerkan produk tempatan.

Katanya, kerjasama itu memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk mempamerkan hasil mahir mereka seperti bakul tradisional sambil menekankan usaha mengumpul dana untuk membantu organisasi berasaskan komuniti tempatan.

“Kami bersyukur atas peluang untuk bekerjasama dengan Pacos Trust Sabah tahun ini, mewujudkan platform bersama untuk penganyam bakul tradisional kami mempamerkan hasil seni mereka sambil membantu usaha mereka memperkasa petani dan mata pencarian mereka.

“Saya amat terharu dengan ketabahan luar biasa dalam kalangan rakyat Sabah, dan kami berharap dapat terus menyokong penduduk tempatan untuk memberikan lebih banyak peluang dan mencipta masa depan yang lebih cerah untuk mereka,” tambahnya.

Selain menunjukkan penghargaan kepada tukang masak tempatan dan warisan budaya mereka yang kaya, Maggi® berbangga untuk terus menyokong komuniti pribumi dan wanita melalui sumbangan tahunan kepada badan amal tempatan yang terpilih.

Bagi setiap penyertaan pertandingan yang diterima antara 1 Mei hingga 30 Jun 2024, Maggi® berjanji akan menderma RM0.10 kepada Pacos Trust Sabah dan Helping Hands Penan Berhad, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdedikasi untuk memperkasakan komuniti pribumi dan wanita dalam meningkatkan mata pencarian mereka di Sabah.

Tahun ini, Maggi® berbangga kerana berjaya mengumpul sebanyak RM14,000 untuk menyumbang kepada usaha murni Pacos Trust Sabah.

Peringkat akhir Maggi® Jom Masak & Menang di Suria Sabah menarik ribuan keluarga dari Sabah, yang bersorak dengan penuh semangat.

Ia juga menampilkan tarian dan muzik tradisional, serta gerai-gerai di mana pengunjung menerokai sejarah kaya Sos Cili Maggi dan menemui 12 rempah unik yang menjadikan Mi Kari 2 Minit Maggi kegemaran rakyat Malaysia.

Turut hadir ialah Pengurus Operasi Jualan Am Nestle Sabah dan Brunei, Derek Won Chong Huat; Pengurus Besar Operasi Bataras, Liaw Vee Siang; Pengerusi Majlis Wanita KDCA, Joanna Datuk Kitingan; Staf Kanan Program Agro-Ekologi dan Keselamatan Makanan Pacos Trust, Maria Benedict; serta pemenang Unduk Ngadau Kaamatan 2024, Tati Hyellene Danius, antara lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.