Suspek berhubung dengan Cikgu Istiqomah kerana Forex - Polis

LocalPolitics
12 Aug 2024 • 7:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek (kiri) yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Cikgu Istiqomah dipercayai berhubung dengan mangsa kerana urusan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex). Cikgu Istiqomah (kanan).

ALOR GAJAH - Suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Cikgu Istiqomah dipercayai berhubung dengan mangsa kerana urusan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex).

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek berusia 37 tahun dan telah berkahwin direman sejak 6 Ogos lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Suspek adalah bekas guru dan kenalan mangsa masa belajar, berurusan dengan mangsa atas urusan pelaburan Forex," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Terdahulu media melaporkan suspek disambung reman selama tujuh hari bermula Selasa untuk membantu siasatan kes pembunuhan guru Sekolah Kota Masai 3 di Pasir Gudang Johor, Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Sebelum ini suspek bersama isterinya berusia 36 tahun direman bermula 6 hingga 12 Ogos lalu sebelum isterinya dibebaskan pada Isnin dengan jaminan polis.

Sinar Harian pada pada 6 Januari lalu melaporkan mayat dibiarkan tanpa pakaian sebelum itu ditemui orang awam kira-kira jam 2 petang 31 Disember.

Mayat ditemukan dengan hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua-dua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan dipercayai telah dipotong.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved