
Kes kehilangan warga emas, Sabari Baharom sejak 4 September lalu akhirnya terjawab selepas penangkapan dua orang suspek lelaki warga tempatan.
Hasil soal siasat, suspek mengaku mencampak mangsa ke dalam Sungai Padang Terap di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Lapor Astro Awani, anak mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari mendedahkan suspek merupakan kontraktor sedang membina rumah jiran di hadapan rumah ayahnya sejak lima bulan lalu.
Memang mereka selalu bertegur sapa dan berbual. Suspek bukan penduduk kampung ini, dia orang luar, dan ayah saya memang baik dengannya.
Amir Hakimi menyifatkan perbuatan suspek sangat keterlaluan dan kejam. Katanya lagi, ayah sering bertembung dengan suspek kerana dia perlu lalu di hadapan rumah yang sedang dibina.
Ayah seorang yang sangat baik, kalau suspek minta buah belimbing pada waktu malam pun, ayah sanggup pergi petik dan beri padanya… saya tak sangka dia ada niat jahat.
Seorang lagi anak mangsa, Syilla meluahkan rasa sedih mengenangkan nasib ayahnya yang diperlakukan dengan kejam.

Ahli keluarga masih melakukan solat hajat sehinggalah mayat mangsa yang dicampak ke dalam sungai ditemui.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani

