Suspek Curi Beg Tangan Dari Kereta Tidak Berkunci Ditahan

LocalPolitics
24 May 2025 • 6:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan polis selepas disyaki mencuri beg tangan dari sebuah kenderaan yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci di kawasan parkir sekitar Bangi, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek yang merupakan penganggur itu ditahan sekitar jam 5.18 petang di lokasi kejadian.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Hasil soal siasat suspek mengaku melakukan kegiatan curi dengan modus operandi mengambil beg mangsa yang berada di dalam kereta ketika ditinggalkan dalam keadaan pintu tidak berkunci atau enjin masih dihidupkan.

“Semakan mendapati suspek yang juga warga tempatan itu mempunyai dua rekod jenayah lampau dan isi kandungan bag tangan berkenaan masih disiasat,” katanya.

Suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak meninggalkan kenderaan tanpa mengunci pintu atau mematikan enjin, bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

image is not available

Foto: Carian Google

Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang wanita keluar dari keretanya tanpa mengunci pintu.

Beberapa saat kemudian, seorang lelaki dilihat menghampiri kenderaan tersebut, cuba membuka pintu, lalu mengambil sebuah beg tangan dari bahagian pemandu sebelum melarikan diri menaiki motosikal.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved