Suspek disyaki joli wang simpanan Sabari RM16,000 untuk berjudi di Batam

LocalPolitics
3 Oct 2024 • 10:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dua orang suspek disyaki joli wang simpanan Sabari RM16,000 untuk berjudi di Batam selepas mengambilnya dari akaun bank.

Menerusi laporan Sinar Harian, kontraktor berusia 38 tahun itu dipercayai telah pergi ke Batam, Indonesia bersama seorang lagi suspek yang juga anak saudaranya untuk berjudi selepas insiden pembunuhan tersebut.

“Mereka dipercayai menggunakan wang samun dengan berjudi di sebuah kasino di negara itu,”

image is not available

Suspek disyaki joli wang simpanan di Batam

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, kedua-dua suspek telah ditahan pihak berkuasa di selatan tanah air selepas pulang dari Batam.

Difahamkan, suspek mempunyai masalah ketagihan judi termasuklah secara atas talian.

image is not available

Suspek disyaki joli wang simpanan, di Selatan Tanah Air

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan motif Sabari diikat tangan serta mulut ditutup dengan pita pelekat sebelum dicampak ke dalam Sungai Padang Terap adalah kerana wajah suspek terdedah ketika melakukan samun.

“Namun selepas wajah suspek dikenali mangsa, mereka terus mengambil tindakan mengikat tangan dan menutup mulut dengan pita pelekat lalu membawa mangsa dan mencampaknya ke dalam sungai,” ujarnya.

image is not available

Setakat ini, jasad pesara pegawai kewangan Felcra masih belum ditemui walaupun operasi mencari sudah dihentikan.

Sabari telah dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.

Walau bagaimanapun, kereta Proton Waja yang dipandunya ditemui telah hangus terbakar di Belantik, Sik namun tiada sebarang kelibatnya disana.

Sumber: Sinar Harian (