Suspek disyaki terlibat kes kematian Datin ditahan

10 Oct 2022 • 11:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEREMBAN - Polis berjaya menahan suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita bergelar Datin di Taman Paroi Jaya di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 petang di pondok tepi jalan, Batu 4, Jalan Port Dickson-Teluk Kemang, Port Dickson.

"Barang kemas milik simati turut dirampas daripada lelaki berkenaan.

"Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan siasatan sehingga Jumaat ini dan polis percaya kes ini dapat diselesaikan susulan penahan lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Nanda berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga emas bergelar Datin ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya.

Justeru, polis mengesan seorang lelaki yang juga suspek utama kes berkenaan dan dia dipercayai individu terakhir yang datang ke rumah mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved