Suspek kes bunuh serah diri pada orang awam di Telupid

3 Dec 2024 • 1:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bunuh dan mendatangkan kecederaan parah di sebuah ladang di Kinabatangan, berjaya ditahan oleh pihak polis pada Isnin.

Suspek yang sebelum ini melarikan diri, menyerah diri kepada orang awam di kawasan Ladang Lokan Baru, Telupid, kira-kira 12 kilometer dari lokasi kejadian.

Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis Telupid untuk tindakan lanjut.

Pihak polis turut merampas sebilah parang berukuran kira-kira 37 cm yang dipercayai digunakan untuk mengelar leher mangsa sehingga menyebabkan kematian.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more Parang yang sama juga disyaki digunakan untuk menikam seorang lagi mangsa, mengakibatkan kecederaan parah di bahagian dada.