Suspek kes SCM maut ditembak polis di Pulau Ketam

LocalPolitics
18 Feb 2025 • 5:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suspek kes SCM yang melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang petugas kebersihan pada 8 Februari lalu telah ditembak mati oleh pihak polis di Pulau Ketam, Klang Selatan awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan rasmi dari Facebook Polis Selangor, lelaki berusia 30 an telah ditembak mati oleh sepasukan pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 3 pagi.

Suspek kes SCM maut selepas insiden tembak menembak dengan polis

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengatakan berlaku insiden tembak-menembak antara suspek dengan pasukan polis di sebuah bilik hotel sehingga suspek tewas.

“Pasukan polis berjaya menemb8k mati suspek terbabit

Polis juga menemui dua pucuk senjata api berisi peluru bersama suspek,” katanya.

image is not available

Suspek kes SCM maut ada 9 rekod jenayah

Hasil semakan mendapati bahawa suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan juga samun.

Suspek turut dipercayai terbabit dalam insiden tembakan di pusat beli belah di Setia Alam pada 8 Februari 2025.

image is not available

Terdahulu, suspek disyaki menembak seorang petugas pembersihan berpunca daripada bengang ditegur untuk mengalihkan barang di pusat beli belah terbabit.

image is not available

Selepas melepaskan tembakan di aras P1 sehingga mencederakan bahagian kaki dan punggung mangsa, suspek melarikan diri dengan memaksa pemandu Produa Ativa membawanya keluar dari kawasan tersebut.

Dia kemudian menghilangkan diri selepas minta diturunkan di tepi lebuh raya.

Sumber: Facebook Polis Selangor