Suspek kes tembak di KLIA dituduh di Mahkamah Kota Bharu

24 Apr 2024 • 9:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hafizul (dua dari kanan) akan dituduh di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu. FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID

image is not available
Hafizul (dua dari kanan) tiba di pekarangan Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.30 pagi, Rabu. FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU - Suspek kes melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.

Hafizul Hawari, 38, tiba di mahkamah dengan memakai baju T berwarna hitam sambil dikawal ketat sepasukan polis dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada jam 8.30 pagi.

**media[2625386]**

Suspek sebelum ini dikenakan perintah tahanan sambung reman selama lima hari hingga Sabtu ini.

Dalam kejadian pada jam 1.30 pagi lalu, dua das tembakan dilepaskan suspek di balai ketibaan yang terletak di aras tiga KLIA.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari Tanah Suci bersama dua pengawal peribadi.

Salah satu das tembakan itu bagaimanapun mengenai seorang pengawal peribadi isteri suspek.

Suspek berjaya ditahan di Jalan Bayam, di sini, selepas 36 jam melarikan diri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!