Suspek kes tikam pereka dalaman ditahan di ibu negara

LocalPolitics
21 Sep 2024 • 12:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek kes tikam pereka dalaman separuh masa di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, di sini, minggu lalu berjaya ditahan pihak berkuasa malam tadi. - Gambar hiasan

PETALING JAYA - Suspek kes tikam pereka dalaman separuh masa di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, di sini, minggu lalu berjaya ditahan pihak berkuasa Jumaat malam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar yang memaklumkan suspek ditahan di sekitar ibu negara.

“Tangkapan ada dilakukan malam tadi (Jumaat). Proses reman akan dilaksanakan pagi ini (Sabtu),” katanya ringkas.

Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar berusia 36 tahun meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara minggu lalu.

Difahamkan, Allahyarham sebelum ini tinggal berseorangan di rumah berkenaan yang dibelinya pada tahun lalu.

Terdahulu, Shahrulnizam berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kes berkenaan berpunca daripada pecah rumah sebelum bertukar kepada kejadian samun sehingga menyebabkan kematian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved