Suspek letupan bom di Istanbul ditahan – Menteri Dalam Negeri Turkiye

14 Nov 2022 • 2:10 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

ISTANBUL: Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu berkata seorang wanita yang meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan di Istanbul pada Ahad telah ditahan, lapor TRT World.

Ini berikutan, satu kejadian letupan yang berlaku di laluan pejalan kaki di Istiklal Avenue, Istanbul pada petang Ahad semalam.

Soylu berkata bahawa suspek kejadian itu telah ditahan.

Siasatan awal mendapati Kurdistan Workers’ Party (PKK) dan tenteranya YPG, yang dikategorikan oleh Ankara sebagai organisasi pengganas merupakan dalang di sebalik kejadian, menurut Menteri Dalam Negeri berkenaan.

image is not available

Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay pula menjelaskan, letupan pada Ahad itu turut mengakibatkan 81 orang cedera, 39 daripadanya hanya cedera ringan dan telah keluar dari hospital.

Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdag berkata seorang wanita dilihat duduk di bangku di Istiklal, sebelum meninggalkan sebuah beg berisi bahan letupan pada petang berkenaan, disyaki suspek utama kejadian itu.