Suspek pecah masuk rumah, bakar langsir diberkas

2 Sep 2022 • 7:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Beh Eng Lai

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki memecah masuk dan membakar langsir sebuah rumah di Taman Bukit Tunku di sini, membawa padah apabila ditahan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 28 tahun yang memaklumkan mengenai kes itu pada jam 6.04 petang.

"Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek berusia 30 tahun yang turut mencucuh sofa dan gambar hiasan dinding di dalam rumah pengadu dengan menggunakan puntung rokok," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Eng Lai berkata, suspek didapati mengalami masalah mental dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan," ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ditalian 03-40482222," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved