Suspek rempuh polis ditahan kurang 24 jam, rupanya ada 20 rekod jenayah

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 3:34 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan polis selepas dipercayai cuba melanggar anggota ketika pasukan keselamatan mahu membuat tangkapan di sebuah stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa, Klang.

Suspek yang memandu Toyota Vios putih dan disyaki terlibat dalam kes samun di Subang Jaya, bertindak agresif dengan menolak anggota sebelum melarikan diri menggunakan kenderaan tersebut.

Ketika meloloskan diri, suspek hampir menggilis kaki seorang anggota dan melanggar kereta polis, sebelum memandu lawan arus menuju Shah Alam. Kereta itu kemudian ditinggalkan di tepi jalan Persiaran Sultan Ibrahim.

Baca juga:

20 rekod jenayah lampau

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 186 dan 307 Kanun Keseksaan. Berdasarkan maklumat awam, suspek berjaya dikesan dan ditahan sekitar jam 12.45 tengah hari pada 13 November di Bandar Bukit Tinggi.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 20 rekod jenayah lampau serta 5 rekod berkaitan dadah. Polis memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes jenayah lain.