Suspek utama kes bunuh pekerja ladang sawit di Mukah ditahan

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 5:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Foto Facebook IPD Mukah

SIBU - Polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes bunuh seorang pekerja ladang kelapa sawit di daerah Mukah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada jam 4.15 petang, tiga hari selepas kejadian.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah yang sedang menjalankan Ops Kesan di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan, selepas suspek didapati cuba melarikan diri apabila terserempak dengan polis.

"Turut dirampas senjata dan pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian, dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine," katanya.

Muhamad Rizal berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 15 Dis lepas, seorang warganegara Indonesia maut selepas cedera parah di leher dan perut akibat ditetak dengan objek tajam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved