Susur Keluar ke Taman Melawati/Ulu Kelang Ampang , Ditutup 11 Malam Ini!

24 Jul 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pemegang konsesi bagi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Konsortium Lebuhraya Utara Timur Sdn Bhd (KESTURI) akan menutup susur keluar Hillview ke Taman Melawati/Ulu Kelang bermula jam 11 malam ini sehingga 5 pagi esok.

KESTURI berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan jalan di Lingkaran Tengah II (MRR2) yang akan dilaksanakan.

image is not availableimage is not available

"Sepanjang tempoh penutupan, laluan lencongan alternatif disediakan menerusi pusingan U di hadapan Plaza Flamingo, Ampang untuk ke Taman Melawati dan Ulu Kelang.

"Langkah ini bertujuan mengekalkan aliran trafik serta meminimumkan gangguan kepada pengguna lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian DUKE Hotline 03-62513100 atau menerusi X @LebuhrayaDUKE bagi maklumat trafik terkini.