Sut Tali Leher Warna-Warni VS Baju Melayu Hitam : 2 'Vibes' Berbeza Di Hari Pertama Sidang Parlimen

Politics
19 Dec 2022 • 3:44 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Penubuhan Kerajaan Perpaduan sememangnya memberi warna-warni baharu dalam landskap politik negara apabila menyaksikan gabungan politik yang dahulunya menjadi seteru utama iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kini bertukar menjadi ‘rakan’ baharu.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang membuka tirai pada hari ini, Isnin (19 Disember) -- turut melakar sejarah tersendiri apabila kedudukan ahli Dewan Rakyat daripada PH dan BN kini berada sebaris dalam satu blok.

Kesemua Ahli Parlimen Kerajaan dilihat begitu riang dan ceria mengenakan sut lengkap bertali leher warna-warni serta dilihat teruja dan tidak melepaskan peluang merakam gambar untuk dimuat naik di media sosial masing-masing.

image is not available

Tidak terkecuali, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, yang berkongsi hantaran gambarnya duduk bersebelahan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera

Berdasarkan gambar yang dikongsi Guan Eng itu, tempat duduk Ismail Sabri berada di tengah-tengah antara dirinya dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

image is not available

Tidak ketinggalan melakukan hal sama adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

image is not available

Sementara itu, di blok Ahli Parlimen Pembangkang lain pula warnanya apabila kesemua mereka yang terdiri daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai Bersatu, PAS dan Gerakan lebih selesa memilih busana tradisional seperti baju Melayu lengkap bersampin dan baju kurung berwarna ketika mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang bukan beragama Islam pula memilih memakai suit hitam.

image is not available

Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan banyak kejutan berlaku dalam arena politik tanah air sehingga terbentuknya Kerajaan Perpaduan dan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang membuka tirainya hari ini bakal menjadi ujian pertama keutuhan Kerajaan Perpaduan di Dewan Rakyat.

image is not available