Suunto 9 Peak Pro Jam Tangan Sukan GPS Pintar Dan Tahan Lasak 2022

Men's FashionDesign
31 Dec 2022 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Suunto GP boleh dikendalikan di setiap keadaan dan persekitaran dengan reka bentuk yang elegan. - Gambar oleh Suunto 9 Peak Pro

Suunto 9 Peak Pro terbaharu adalah antara jam tangan pintar yang terakhir dikeluarkan bagi tahun 2022. Menjelang pengakhiran tahun ini, Suunto sekali lagi membuktikan bahawa ia secara konsisten menolak sempadan dalam kategori jam tangan sukan GPS.

Model ini mempersembahkan Suunto GPS yang boleh dikendalikan di setiap keadaan dan persekitaran dengan reka bentuk yang elegan.

Ia menjadikannya bukan sahaja tahan lasak malah boleh dimanfaatkan dalam keadaan yang paling ekstrem serta sesuai untuk kegunaan harian.

Mari kita lihat apakah kehebatan model pada kali ini dengan harga runcit yang disyorkan RM3,199 (model titanium) dan RM2,699 (model keluli tahan karat) seunit.

image is not available
Suunto 9 Peak Pro adalah model pertama yang dikira jejak karbonnya.

Dibina pada reka bentuk Suunto 9 Peak yang diperbuat daripada gred bahan tertinggi untuk menahan sebarang hentakan dan lemparan objek ke arahnya seperti ais, pasir, titisan dan kejutan, batu kecil dan garam.

Namun, ketebalan jam tangan sukan ini memperlihatkan reka bentuk paling nipis dan ringan dalam kelasnya dengan hanya 10.8mm.

Ia sangat sesuai kepada pengguna yang mempunyai pergelangan tangan yang lebih kecil bagi kegunaan harian.

Selain itu, Suunto 9 Peak Pro adalah model pertama yang dikira jejak karbonnya dan ia akan menghasilkan hanya 7.5kg CO2e, yang bersamaan dengan memandu kereta bahan api fosil sejauh 44KM.

Walaupun dalam bentuk lightweight, seseorang masih boleh mengharapkan prestasi heavyweight daripada Suunto 9 Peak Pro dengan binaan chipset baharu dan lebih berkuasa.

Turut diperkenalkan, muka jam dengan ikon dan digit yang lebih besar menjadikannya mudah untuk dikendalikan dan dibaca semasa bersukan.

Malah, ia membolehkan peminat sukan menumpukan perhatian dengan lebih baik pada perkara terbaik yang mereka lakukan.

image is not available
Muka jam dengan ikon dan digit yang lebih besar menjadikannya mudah untuk dikendalikan ketika bersukan.

Hebatnya jam pintar ini, Suunto 9 Peak Pro menawarkan hayat bateri terbaik daripada model-model sebelumnya.

Ia dapat bertahan selama 21 hari dalam penggunaan harian sebelum memerlukan pengecasan, 40 jam dalam mod prestasi, 70 jam dalam mod Endurance dan 300 jam dalam mod Tour.

Tambahan lagi, ia bersambung sehingga kepada empat sistem satelit iaitu GPS, GLONASS, GALILEO, BEIDOU serta 32 satelit individu secara serentak.

Ini menghasilkan ketepatan yang lebih tinggi, terutamanya apabila bersenam dalam keadaan GPS yang mencabar.

image is not available
Suunto 9 Peak Pro adalah jenis tahan lasak.

Oleh itu, dengan peningkatan reka bentuk dan teknologi tahan lasak pada model kali ini, penulis merasakan ia masih berbaloi untuk dimiliki walaupun harganya masih mencecah ribuan ringgit.

Pastinya jam tangan pintar ini tahan lama dan kerap dipakai dengan manfaat yang ada.-  Getaran 31 Disember 2022.