SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

LocalCars
19 Jun 2025 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

Selepas jenama ini membuat kemunculan yang pertamanya di negara kita semasa acara automotif Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. SUV elektrik segmen B ini akan ditawarkan dalam dua varian, dengan harga bermula sekitar RM145,000 untuk varian 2WD dan RM155,000 untuk varian tertinggi iWD.

Malaysia Pasaran RHD Pertama iCaur 03

Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menerima versi pemanduan sebelah kanan (RHD) iCaur 03 (tetapi model kembarnya, Jaecoo J6 sudah pun dijual di Thailand).

image is not availableimage is not available

Varian asas, iCaur 03 2WD menggunakan motor elektrik tunggal di belakang dengan kuasa 184 ps dan tork 220 Nm, serta tiga mod pemanduan. Ia dikuasakan oleh bateri LFP berkapasiti 65.7 kWj yang menyokong pengecasan pantas DC 80 kW dan mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 426 km berdasarkan piawaian NEDC.

Varian iWD pula menggunakan dua motor elektrik dengan kuasa 279 ps dan tork 385 Nm, dilengkapi sistem pacuan semua roda pintar, iWD, dengan 12 mod pemanduan berbeza. Secara standard, pembahagian torknya ialah 40:60 antara depan dan belakang. Bateri berkapasiti 69.8 kWj membolehkan jentera ranggi ini mencapai jarak sehingga 418 km (NEDC).

Reka Bentuk Lasak & Kompak

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Dari segi ukuran, iCaur bersaiz 4,406 mm panjang, 1,910 mm lebar, 1,715 mm tinggi dan jarak roda 2,715 mm.

iCaur 03 hadir dengan gaya badan retro ‘kotak’ yang bukan sahaja menarik tetapi juga praktikal untuk menempuhi laluan off-road, dengan sudut sua (approach angle) 28° dan sudut pelepasan (departure angle) 32°.

Kabin Selesa dan Canggih

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Walaupun kelihatan lasak di luar, bahagian dalam iCaur 03 sarat dengan teknologi moden dan ciri penting yang menjanjikan keselesaan. Antara yang disediakan ialah skrin infotainmen 15.6 inci, kluster meter digital 9.2 inci, tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas, pendingin dan urut, pengecas tanpa wayar 50 watt, serta bumbung panoramik.

Ruang butnya yang berkapasiti 450 liter, boleh diperluas hingga 1,238 liter dengan melipat tempat duduk belakang.

Uji Keupayaan Off-Road di iCaur 03 iExperience

image is not available

image is not availableimage is not available

Untuk membuktikan kemampuan off-road sebenar, iCaur Malaysia menganjurkan acara iCaur 03 iExperience yang menampilkan empat cabaran unik:

iSee-Saw: Tanjakan (ramp) curam yang meninggikan dua roda, menguji kekukuhan rangka dan keupayaan suspensi mengawal gandar.iSlide: Pendakian dan penurunan cerun curam yang menunjukkan kemampuan jentera mendaki kecuraman sehingga 55%. Sudut sua 28° dan pelepasan 32° direka untuk mengelak badan kenderaan tersangkut pada halangan curam.iSplash: Laluan air sedalam 400 mm yang mempamerkan keupayaan meredah air iCaur 03, yang mampu meredah ‘banjir’ sehingga 600 mm.iBreaker: Cabaran dengan penggelek (roller) yang menguji sistem pacuan semua roda pintar iWD untuk menghantar tork tepat ke roda yang memiliki cengkaman.

Aktiviti Off-Road untuk Semua

image is not availableimage is not available

Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri pengalaman memandu iCaur 03 di acara iExperience yang berlangsung bermula esok, 20 hingga 22 Jun, jam 10 pagi hingga 6 petang, di kawasan parkir Ground Floor (Old Wing), 1 Utama Shopping Centre. Selain trek off-road, pengunjung juga boleh melihat model iCaur 03 dan 03T dengan lebih dekat di ruang pameran interaktif iCaur Malaysia.

image is not available