SUV Elektrik Xpeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!

TechnologyCars
13 Sep 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

Hanya beberapa minggu selepas diperkenalkan di Malaysia, Xpeng G6 berjaya meraih penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

Perlindungan Penumpang Dewasa

image is not availableimage is not available

Dalam kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP), Xpeng G6 mencatatkan skor 88%. sistem pencegahan impak hadapan SUV elektrik ini diberikan penarafan 'Memadai' manakala ujian pelanggaran sisi dan tiang sisi diberikan penilaian 'Baik'. Bagaimanapun, skor rendah 'Lemah' diberikan untuk ujian interaksi/hentakan antara penumpang ketika pelanggaran sisi.

Perlindungan Kanak-Kanak

image is not availableimage is not available

Dalam kategori perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), model ini meraih skor 85%, dengan penilaian 'Baik' untuk ujian impak hadapan dan sisi (lateral). Bagaimanapun, G6 hanya menerima enam daripada 12 mata untuk aspek keselamatan.

Pengguna Jalan Raya Sekitar yang Berisiko

Dalam kategori pengguna jalan raya sekitar yang berisiko (VRU), G6 menerima skor 81%. Walaupun hanya mendapat 0.3 daripada satu mata dalam penilaian risiko penumpang atau pemandu membuka pintu kenderaan ketika penunggang basikal menghampiri, G6 mendapat markah penuh untuk kategori sistem brek automatik dalam situasi kecemasan (AEB) dan sokongan pengekalan lorong untuk perlindungan penunggang motosikal yang berhampiran.

Ciri Bantuan Keselamatan

Bagi kategori bantuan keselamatan, G6 mencatatkan skor 75%. Fungsi bantuan kelajuan kenderaan dianggap 'Memadai', manakala sistem pemantau status penumpang menerima penilaian 'Sederhana'. Namun, G6 mendapat mata penuh untuk sistem peringatan tali pinggang keledar, serta 2.5 mata daripada tiga untuk kategori sokongan pengekalan lorong.

Ciri Keselamatan

image is not available

Antara ciri keselamatan aktif yang ditawarkan termasuk kawalan jelajah adaptif, penukaran lorong aktif dan kamera parkir 360 darjah dengan paparan casis lutsinar. Bagi ciri keselamatan pasif, G6 dilengkapi dengan tujuh beg udara, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), ABS dan ESP, serta bantuan turun bukit.

Harga Jualan XPeng G6

Di pasaran Malaysia, Xpeng G6 ditawarkan pada harga RM165,000 untuk varian 580 Pro dan RM185,000 untuk varian 755 Pro. Kedua-dua varian G6 dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif, termasuk pakej Xpilot Driving, Xpilot Parking dan Xpilot Safety.