SUV Masuk Landasan Kereta Api Pelabuhan Klang, KTMB Sahkan Tiada Kerosakan

LocalCars
14 Oct 2026 • 9:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

SUV Masuk Landasan Kereta Api Pelabuhan Klang, KTMB Sahkan Tiada Kerosakan

Insiden sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang memasuki kawasan landasan kereta api di Stesen Pelabuhan Klang pada 11 Oktober lalu berjaya dikawal tanpa sebarang kerosakan dilaporkan pada infrastruktur rel.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, berdasarkan laporan awal, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 malam apabila sebuah kenderaan awam memasuki kawasan landasan melalui pintu pagar Lintasan Rata sebelum berhenti di Kilometer (KM) 43.273, kira-kira 130 meter dari lokasi kemasukan.

Menurut KTMB, pasukan berkaitan digerakkan ke lokasi bagi mengeluarkan kenderaan berkenaan secara terkawal.

“Kenderaan berkenaan berjaya dialihkan dan landasan kembali bebas pukul 1.20 pagi, 12 Oktober 2026,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pemeriksaan selepas kejadian mendapati tiada kerosakan pada landasan, sistem semboyan dan sistem Alat Talian Atas (ATA), manakala pemandu kenderaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, insiden berkenaan menyebabkan kelewatan operasi perkhidmatan tren KTMB.

Dalam perkembangan berkaitan, KTMB merekodkan tujuh kes pencerobohan melibatkan individu di kawasan landasan kereta api yang mengakibatkan gangguan operasi tren sepanjang Januari hingga September 2026.

Baca juga:

KTMB memandang serius sebarang bentuk pencerobohan, vandalisme dan kecurian kabel yang melibatkan kemudahan rel kerana perbuatan itu boleh menjejaskan operasi tren serta membahayakan keselamatan penumpang dan kakitangan.

Menurutnya, perbuatan menceroboh atau merosakkan harta benda kereta api merupakan kesalahan serius di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Kesalahan berkenaan boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk denda, hukuman penjara atau kedua-duanya sekali terhadap individu yang disabitkan kesalahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved