
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
SW Food, di bawah jenama ecoBrown’s, melancarkan perisa ketiga Brice berperisa Truffle, iaitu snek sihat yang diperbuat daripada campuran beras perang, beras merah, dan beras hitam.
Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh kumpulan K-Pop terkenal, TREASURE yang terdiri daripada CHOI HYUN SUK, DOYOUNG, HARUTO, dan PARK JEONG WOO bertempat di LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid pada 30 Mei.
Dengan slogan ‘Snack the Smart Way’, snek ini dihasilkan melalui proses ‘baked, not fried’ dan didatangkan dalam pek 40g dan 100g.
Pelancaran Brice berperisa Truffle ini susulan kejayaan dua pilihan perisa iaitu Spicy Cheese dan Seaweed, yang mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak dilancarkan tahun lalu.
Brice ialah snek yang tinggi dengan serat pemakanan, merupakan sumber Vitamin B3, kaya dengan Vitamin B6 dan Vitamin E.
Menurut Ketua Pemasaran SW Food, Vynce Lim, pelancaran ini amat bermakna kerana ia mencipta detik istimewa bersama kawan-kawan, keluarga tersayang dan pelanggan setia apabila merasai produk itu.
“Truffle bukan sahaja menawarkan snek yang lazat tetapi juga dihasilkan daripada beras berkualiti premium. Ia juga mampu memberikan kepuasan buat mereka yang menggemari snek ringan sambil mengekalkan tubuh badan yang sihat.
“Jadi, kami sangat teruja dengan pelancaran ini dengan penampilan khas kumpulan K-pop terkenal, TREASURE dan memberikan pelanggan setia kami pengalaman eksklusif yang tidak dapat dilupakan,” kata Vynce.
Selain itu, pengunjung-pengunjung juga berpeluang memenangi ‘hadiah istimewa’ jika berjaya melengkapkan tiga aktiviti permainan, dalam Brice Roadshow yang diadakan bermula 29 Mei hingga 2 Jun 2025.
Untuk makluman, produk Brice boleh didapati di pasar raya besar seperti Jaya Grocer, Lotus’s, AEON dan lain-lain.
