Sweden Catat Suhu Cuaca Paling Sejuk Dalam Tempoh 58 Tahun

17 Jan 2024 • 5:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Cuaca paling sejuk di Sweden berlaku pada 5 Januari 2024 apabila suhu terendah dicatatkan dalam tempoh 58 tahun di sebuah kampung di utara negara terbabit.

Suhu terendah dicatatkan di Vittangi

Memetik laporan dari BNN Breaking, Institut Meteorologi dan Hidrologi Sweden (SMHI) melaporkan bahawa suhu terendah berkenaan telah memecahkan rekod apabila mencatatkan -44.6 celcius di Vittangi iaitu sebuah perbandaran daerah Kiruna.

image is not available

Kredit foto: Google

Cuaca sejuk melampau di Sweden sejak kebelakangan ini

Difahamkan, pengesahan suhu berkenaan hanya boleh dibuat pada awal minggu ini memandangkan rakaman data beberapa stesen meteorologi SMHI menghadapi kegagalan berkala pada waktu cuaca sejuk yang agak buruk di Sweden sejak kebelakangan ini.

image is not available

Kredit foto: Google

Paling sejuk dicatatkan pada 1966 di Norrbotten

Peristiswa berkenaan menjadi detik penting buat sejarah cuaca di negara terbabit memandangkan suhu paling sejuk telah dicatatkan dalam waktu lima dekad ini.

Walau bagaimanapun, suhu melampau baru-baru ini bukanlah yang paling rendah kerana pada tahun 1966, wilayah Norrbotten telah mencatatkan suhu -52.6C iaitu (-62.6F).

image is not available

Kredit foto: Google

Penurunan suhu yang begitu rendah di Wilayah Vittangi belum lagi mencapai keterlaluan sejarah, namun ia tidak dapat dinafikan bahawa keadaan cuaca tersebut mengingatkan kembali kenangan musim sejuk paling buruk di Sweden sebelum ini.

Sumber: BNN Breaking

View Original Article