Sweden Lapor Kes Pertama Varian Cacar Monyet Di Luar Afrika

16 Aug 2024 • 12:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pegawai kesihatan global mengesahkan jangkitan virus mpox atau cacar monyet di luar benua Afrika sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai kecemasan kesihatan awam global.

Menurut laporan Reuters, Pegawai kesihatan Sweden memaklumkan bahawa orang yang dijangkiti itu sebelum ini mengembara ke Afrika dan kini sedang menerima rawatan.

image is not available

Foto: Berita Harian

Seorang pakar kesihatan awam dan profesor di Georgetown Law, Washington, Lawrence Gostin berkata, kemunculan kes tersebut di benua Eropah boleh merangsang penyebaran cacar monyet di peringkat antarabangsa.

“Kes di Sweden berkemungkinan besar bermakna berpuluh-puluh kes yang tidak dapat dikesan di Eropah,” katanya.

image is not available

Foto: Berita Harian

Dr Brian Ferguson dari Universiti Cambridge pula berkata, kes pengembara Sweden itu membimbangkan tetapi bukanlah hal yang aneh berikutan peningkatan penularan wabak di Afrika.

“Kemungkinan akan lebih banyak lagi di sini dan di bahagian lain di dunia kerana pada masa ini tiada mekanisme untuk menghentikan kes import mpox berlaku,” ujarnya.

image is not available

Foto: Reuters

Sebelum ini, WHO mengisytiharkan wabak di Afrika sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) selepas kes itu merebak ke negara berhampiran.

Terdapat 27,000 kes dan lebih 1,100 kematian direkodkan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di Congo sejak wabak tersebut bermula pada Januari 2023.

Sumber: Reuters