Swee Bee perkenal tart nanas segi empat tambat selera penggemar

Food
11 Aug 2023 • 6:32 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Swee Bee perkenal tart nanas segi empat tambat selera penggemar

diyana

11/08/2023 - 18:32

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Swee Bee memperkenalkan tart nanas segi empat dihiasi cetak timbul yang pastinya memikat selera penggemar manisan dengan pastri mentega yang cair di mulut, disulami rasa sekata manis dan masam pes nanas.

Mengimbau zaman kanak-kanaknya, Pengasas Swee Bee, David Wong terkenang gelaran ‘si perut besar’ oleh neneknya kerana selera makannya yang besar.

Katanya, terdapat pepatah Cina yang bermaksud ‘perut besar terisi empat penjuru’, mencuit memori lucu tersebut yang menjadi inspirasi penghasilan tart nanas segi empat Swee Bee dengan cita rasa tersendiri.

“Pepatah ini juga bermakna rezeki ada di mana-mana bagi sesiapa yang mencari. Walaupun tart nanas segi empat boleh didapati di Taiwan, keistimewaan Swee Bee ialah cetakan timbul perkataan '' (Fortune) pada tart nanas.

“Ia tercetus sewaktu pelancaran Tart Nanas Swee Bee pada tahun 2010 sempena perayaan, dengan aksara Cina berbunyi 'Fortune' tertera pada permukaan tart, khususnya bagi sambutan Tahun Baru Cina,” ujar beliau.

Beliau berkata bulatan yang mengelilingi aksara “” (Fortune) tersebut melambangkan perpaduan dan jalinan kemesraan, konsep yang menzahirkan misi Swee Bee untuk menyatukan masyarakat dari seluruh pelosok dunia, meraikan perpaduan dan kemakmuran dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Malaysia.

image is not available

Sejak memulakan perniagaan dari rumah pada 2009, David berkata Swee Bee mengembangkan operasi pada 2012 dengan membuka kedai Baker Dave di Sri Hartamas yang kemudiannya, dijenamakan kepada menjadi Nooks by Baker Dave pada 2014, sebuah kafe bakeri yang menawarkan aneka sajian Barat, pencuci mulut, dan kopi.

Apabila negara dilanda pandemik COVID-19, operasi kafe terpaksa ditamatkan, namun David beralih arah menumpukan bisnes pada kilang pengeluaran produk pastri. Langkah ini membuahkan hasil apabila kilang produk Swee Bee akhirnya berjaya memperoleh perakuan halal pada 2021.

Mengenang pahit manit usahanya selama ini, David berkongsi, “Saya memilih nama Swee Bee untuk mengenang jasa ibu, yang telah bersusah-payah membesarkan dan menghulurkan bantuan yang tak berbelah bahagi sepanjang saya menceburi bidang perniagaan.”

Selain tart nanas, Swee Bee turut menawarkan produk lain seperti kuih bulan berperisa nanas, biskut, kek, jem nanas, kopi Nanyang, dan banyak lagi.

Swee Bee telah merangkul Anugerah Emas dalam kategori Kek 3D Gaya Bebas Moden di Malaysia Culinary World Cup 2023 untuk reka bentuk kek bertemakan Etnik Malaysia yang menonjolkan budaya Peranakan, Cina, Melayu, India dan Iban.

Produk Swee Bee boleh didapati di Lazada dan laman web mereka www.sweebee.com.my - DagangNews.com

View Original Article