‘Sweet couple’ Dr Wan Azizah malu-malu PM suap kek, titipan anak buat warganet terhibur

6 Dec 2022 • 3:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DATIN Seri Dr Wan Azizah Ismail, suri hati kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiranya ke-70.

Genap usianya pada 3 Disember lalu, ibu kepada enam cahaya mata itu telah menerima pelbagai ucapan hari lahir daripada anak-anak.

Menerusi hantaran di laman sosial, tular video yang memaparkan Wan Azizah malu-malu ketika disuapkan kek oleh Anwar.

image is not available

 

Video yang dikongsikan oleh anak ketiganya, Nurul Nuha meraih perhatian warga maya hingga menerima hampir 15,000 tanda suka.

“Pengorbanannya tidak terhingga, kesabarannya tidak terhitung. Kasih sayangnya tidak terbatas.

“Selamat hari lahir Mama, wanita dan ibu yang paling hebat. Saya tidak mempunyai apa-apa selain kasih sayang dan doa untukmu.

“Semoga sentiasa dibawah lindungan, hidayah, dan rahmat-NYA hingga ke akhirat. Sayang Mama,” titip Nurul Nuha.

Kendengaran hilai tawa dan sorakan daripada anak-anak selepas Anwar berjaya menyuapkan kek kepada permaisuri hatinya.

image is not available
Kredit foto: Instagram Nurul Nuha Anwar

Warga maya terharu melihat keceriaan keluarga Perdana Menteri sekali gus mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia sehingga ke syurga.

Tidak kurang yang menjadikan Wan Azizah sebagai inspirasi menjadi isteri dan ibu hebat.

– “Dr Wan Azizah adalah sumber inspirasi semua isteri dan ibu termasuk diri ini.”

– “Sweet couple, love you Dr Wan Azizah.”

– “Sukanya tengok. Semoga ALLAH merahmati pasangan ini.”

– “Wanita paling sabar dan lelaki yang paling tidak kenal putus asa di malaysia. Saya kalau rasa rasa putus asa dalam membuat sesuatu akan ingat Anwar Ibrahim untuk bersemangat.”

– “Happy Birthday Datuk Seri Dr Wan Azizah, terima kasih kerana setia disisi Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 24 tahun perjuangan untuk rakyat Malaysia.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nuhanwar (@nuhanwar)

Lebih istimewa lagi, rupa-rupanya ulang tahun kelahiran Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu jatuh sehari lebih awal daripada anak kelimanya, Nurul Iman iaitu pada 4 Disember.

image is not available
Kredit: Instagram Nurul Hana Anwar

“Selamat Hari Jadi Mama and Kak Iman! Love you loads,” titip Nurul Iman.

 

Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkahwin pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Hana, Nurul Nuha, Mohd Ihsan, Nurul Iman dan Nurul Ilham.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.