
LAHAD DATU: Dua lelaki, masing-masing,dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan diperintah dikenakan 10 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin.
Hakim Suhaila Selag menjatuhkan hukuman itu ke atas Adahar Zaini, lelaki tempatan berumur 38 tahun dan Hendrikus Herman, warga Indonesia berumur 28 tahun, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mereka hadapi.
Adahar dan Hendrikus didakwa memiliki 32.63 gram syabu pada 22 Mac di tepi jalan Kampung Panji.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kedua-dua tertuduh pada asalnya didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret pada 3 April.
Bagaimanapun, pertuduhan itu dipinda kepada Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas laporan kimia diperoleh bagi menentukan berat sebenar dadah berkenaan.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap dan memerintahkan Hendrikus dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara.


