
BEAUFORT: Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditahan di sini selepas dadah jenis syabu seberat kira-kira 5.41g ditemui dalam seluarnya pada Ahad.
Ketua Polis Daerah DSP Yusoff Zaki Yaccob yang mengesahkan penangkapan itu berkata polis menghampiri suspek yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit.
“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal jernih disyaki dadah jenis syabu yang disimpan dalam kotak rokok.
“Dadah itu dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
