Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan merampas 42 kilogram syabu bernilai RM1.9 juta dari sebuah bot tidak berdaftar yang ditemui hanyut berhampiran Stesen Papa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Isnin.
Pengarah Maritim Sabah, Laksamana Pertama Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali, berkata nilai keseluruhan rampasan, termasuk bot itu, dianggarkan RM2.5 juta, menjadikannya rampasan dadah terbesar oleh Maritim Malaysia Sabah setakat ini.
Beliau berkata bot berkenaan diserahkan kepada Maritim Malaysia sekitar jam 8.20 pagi selepas dikesan hanyut oleh anggota TLDM.
“Hasil pemeriksaan awal pihak TLDM menemui tiga bungkusan mencurigakan yang disorok dalam ruang bawah palka.
“Pemeriksaan lanjut di jeti Maritim Malaysia Sepanggar dengan bantuan Pasukan Forensik serta Bahagian Siasatan Jenayah Maritim menemukan 39 lagi bungkusan yang disembunyikan dalam tangki simpanan air,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Beliau berkata semua 42 bungkusan seberat 42 kilogram itu dipercayai mengandungi dadah berbahaya dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
“Tiada anak kapal ditemui di atas bot berkenaan yang dipercayai digunakan untuk rekreasi atau menangkap ikan,” kata Khairulanuar.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti asal-usul bot tersebut serta sama ada bekalan dadah itu untuk pasaran Sabah atau negara lain.

![[VIDEO] 'Kapal hantu' ditunda ke KSB jalani pemeriksaan keselamatan](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)