Syafiq Kyle Kini ‘Wajah’ Kopiko, Lancar Kempen Setahun “Kopi Pekat Tak Manis Sangat: Feveret Syafiq”

LocalEntertainment
13 Aug 2025 • 2:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelakon popular tanah air, Syafiq Kyle, kini secara rasmi menjadi duta jenama kopi terkemuka negara, Kopiko. Pengumuman ini sekali gus menandakan pelancaran kempen “Kopi Pekat Tak Manis Sangat: Feveret Syafiq”, yang mengetengahkan rasa kopi pekat, kurang manis, dan budaya kopi yang telah sinonim dengan Kopiko.

Bagi Syafiq, kerjasama ini bukan sekadar tanggungjawab sebagai duta namun Kopiko, terutamanya Kopiko Macchiato, sudah menjadi pilihan utamanya sejak dahulu.

“Dua shot espresso, satu bahagian susu, rasa pekat, kaya, dan tak manis sangat — memang kena dengan citarasa saya,” katanya.

Pengurus Pemasaran Kopiko, Stephenie Siew, berkata pemilihan Syafiq adalah langkah semula jadi.
“Syafiq memang peminat Kopiko sebelum menjadi duta. Dalam tempoh 12 bulan ini, kami bukan sekadar memperkenalkan Kopiko, tetapi mengajak rakyat Malaysia merasai pengalaman dan mengumpul momen bersama,” ujarnya.

AEON Wangsa Maju Jadi Hentian Pertama

Majlis pelancaran rasmi akan berlangsung di AEON Wangsa Maju, menjadi lokasi pertama jelajah Kopiko bersama Syafiq Kyle. Antara tarikan yang menanti peminat:

  • Sesi bertemu mesra bersama Syafiq Kyle
  • Peluang bergambar bersama Syafiq
  • Pelancaran koleksi cawan edisi terhad Kopiko x Syafiq Kyle dengan lapan warna unik, lengkap dengan tandatangan dan nombor siri eksklusif
  • Nikmati secawan Kopiko Macchiato, Kopi Pekat Tak Manis Sangat serta rebut barangan Kopiko menarik melalui pembelian pakej istimewa

Setiap warna tumbler hanya dikeluarkan di lokasi jelajah tertentu, menjadikannya item koleksi yang eksklusif. Peminat digalakkan mengunjungi lebih daripada satu lokasi untuk melengkapkan set penuh.
Kempen ini bakal berlangsung sepanjang tahun dengan pelbagai aktiviti peminat, acara lapangan, serta kejutan dari masa ke masa. Untuk maklumat lanjut dan jadual jelajah, ikuti Facebook & Instagram Kopiko Malaysia.