Syahredzan Johan gesa senarai hitam pelancong baca al-Quran depan Batu Caves

Local
25 May 2024 • 11:59 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa Imigresen menyenarai hitam seorang pelancong asing yang memuatnaik video membaca ayat al-Quran di hadapan patung Dewa Murugan di Batu Caves.

Beliau yang juga Ahli jawatankuasa Eksekutif pusat DAP turut meningatkan orang luar supaya tidak melakukan tindakan yang boleh menganggu gugat keharmonian kaum dalam negara ini.

“Saya setuju dengan pandangan Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar) dalam hal ini. Orang luar jangan buat tindakan yang ganggu-gugat keharmonian kaum dalam negara yang kami cintai ini.

“Saya gesa supaya pihak imigresen senarai hitam pelancong ini daripada masuk Malaysia,’’ katanya menerusi hantaran di akaun X hari ini.

Na'im sebelum ini mengecam keras tindakan pelancong asing itu dan menyifatkan tindakannya sebagai sangat tidak wajar dan tidak memahami budaya berbilang bangsa di Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal.

Video itu dimuatnaik oleh seorang pelancong dikenali sebagai @abdeentube di dalam akaun Instagramnya pada 4 hari lalu yang memaparkan dia membaca ayat suci al-Quran di hadapan patung Dewa Murugan di Batu Caves.

image is not available
Pengaruh media sosial, Abdellatif Ouisa mendapat kritikan hebat selepas menyiarkan video dia membaca ayat-ayat al-Quran di Batu Caves baru-baru ini. - Gambar tangkap layar, 25 Mei, 2024

Lelaki itu adalah pempengaruh dari Maghribi, Abdellatif Quinsa. Dia mempunyai pengikut yang ramai di pelbagai platform media sosial termasuk TikTok, Youtube dan Instagram.

Ia sekali gus mencetuskan perdebatan di dalam media sosial dengan ramai yang mempertikaikan niat lelaki itu berbuat demikian kerana perbuatan tersebut tidak menunjukkan hormat kepada agama lain.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat ke atas Abdellatif oleh Global Human Rights Federation (GHRF) di balai polis Sentul malam tadi.

Presidennya, Shashi Kumar memberitahu Scoop, pempengaruh dari Maghribi itu perlu dilarang memasuki Malaysia kerana mencetuskan sentimen agama di negara ini.

Beliau juga menggesa polis mengambil tindakan ke atas Abdellatif kerana dia melakukan perkara sama di kuil Budha di Genting Highlands. - 25 Mei, 2024

View Original Article