Syak Suami Mahu Nikah Satu Lagi, Isteri Nekad Potong Kemaluan Suami Dengan Pisau Ketika Tidur

Entertainment
13 Sep 2022 • 12:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang lelaki di Jawa Barat, Indonesia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas isterinya bertindak memotong kemaluannya dengan menggunakan gunting ketika tidur selepas mendakwa dirinya akan berkahwin satu lagi.

Memetik laporan daripada Suara.com, pertengkaran tersebut berlaku adalah kerana si isteri berasa berang dan cemburu selepas si suami dikatakan curang serta berhasrat untuk menikah satu lagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Cikarang iaitu Kompol Mustakim, suspek bertindak menarik seluar pendek yang dipakai mangsa ketika sedang tidur lalu memotong kemaluan mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas berjaya melarikan diri meminta pertolongan.

Dalam pada itu, suspek mengaku bertindak sedemikian selepas mengesyaki suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas membaca kandungan mesej di telefon bimbit suaminya itu.

Kredit: Suara.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved