Syamsul, Adi Putra Dan Beto Disahkan Tidak Terlibat Prekuel Mat Kilau. Ini Puncanya

Movie
13 Oct 2022 • 7:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sudah pasti menjadi penanda aras buat industri perfileman Malaysia.

Pihak penerbit Studio Kembara memegang tanggungjawab ini dengan lebih berat lagi kerana penonton sudah pasti mengharapkan penghasilan filem yang lebih baik akan datang.

Bagaimanapun, pemilik produksi, Abdul Rahman Md Dali mengesahkan pengarah, Syamsul Yusuf tidak akan terlibat lagi dalam pembikinan filem prekuel Mat Kilau.

image is not available

Mahu beri peluang kepada orang lain

Bukan hanya itu, pelakon utama Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy juga disahkan tidak akan turut serta.

Untuk naskah seterusnya, belum tiba masanya watak lakonan Adi dan Beto muncul dalam jalan cerita yang telahpun siap skripnya.

Manakala bagi posisi pengarah, kami mahu berikan peluang kepada orang lain. Jika tidak, industri kita susah nak berkembang. – Jelasnya.

image is not available

image is not available

Sudah dapat beberapa pelakon untuk filem seterusnya..

Dalam pada itu, Abdul Rahman mendedahkan Studio Kembara ketika ini sudahpun menandatangani kontrak bersama beberapa orang pelakon dan dijangka akan memulakan penggambaran pada penghujung tahun atau Januari tahun depan.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.