Syamsul Debat tidak terbabit kemalangan maut, ‘jangan sebar berita palsu’: Pembantu

20 Dec 2023 • 11:27 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Pembantu kepada Ustaz Syamsul Debat menafikan dakwaan bahawa penceramah bebas terkenal itu, terbabit kemalangan dan meninggal dunia seperti mesej yang tular dalam media sosial, hari ini.

Menerusi laporan media, pembantunya itu menyatakan, Syamsul atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail sudah selamat tiba di kediamannya di Negeri Sembilan hari ini, selepas pulang daripada umrah.

“Tidak benar, itu (mesej yang tular) scammer. Ustaz (Syamsul Debat) baru sampai dari Madinah pada tengah hari tadi.

“Jangan sebar berita palsu,” katanya.

Terdahulu, tular mesej menerusi aplikasi perbualan di WhatsApp mendakwa, seorang pendakwah bebas terkenal, iaitu Syamsul maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) di Sepang.

Berita palsu itu menyatakan beliau dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Dalam pada itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang mengesahkan tidak menerima sebarang laporan kemalangan seperti ditularkan. - 20 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved