Syamsul Iskandar, Albert Tei tiba di mahkamah bagi pendakwaan

LocalPolitics
4 Dec 2025 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shamsul Iskandar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: ROSLI TALIB
image is not available
Albert yag berbaju T berkolar warna biru turquoise diiringi anggota SPRM tanpa bergari bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah pada Khamis. Foto: ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.05 pagi Khamis bagi menghadapi lima kes rasuah.

Shamsul Iskandar yang memakai baju batik berwarna hijau sementara Albert berbaju T berkolar warna biru turquoise, diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa bergari.

**media[3360653]**

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dua lelaki itu akan didakwa atas lima pertuduhan masing-masing menerima dan memberi rasuah.

Beliau berkata, siasatan kes berkenaan telah lengkap dan kedua-dua mereka akan dituduh di mahkamah mengikut Akta SPRM 2009.