Syamsul, Puteri Sarah tidak jadi cerai hari ini

Politics
18 Apr 2023 • 11:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syamsul dan Puteri Sarah ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa, dikejutkan dengan pengarah filem 'Mat Kilau' Syamsul Yusof tidak melafazkan perceraian terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif berkata, usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan ini secara baik tidak berjaya.

Akberdin berkata, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah berbincang mengenai terma-terma perceraian, namun mereka tidak mencapai persetujuan.

"Maka anak guam saya mahu meneruskan prosiding permohonan lafaz cerai dengan membaca laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP)," katanya.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved