Syamsul Yusof Hanya Diam Seribu Bahasa Bila Disoal Siapa Ira Kazar

5 Jul 2022 • 3:29 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Di sebalik kejayaan filem terbaru Syamsul Yusof iaitu Mat Kilau, netizen masih tidak lupa akan krisis rumahtangga yang sedang dihadapi beliau. Ramai yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dan betulkah dakwaan terdapat gangguan dari orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Baru-baru ini, viral di media sosial sesi temubual Pak Nil bersama Syamsul Yusof dalam rancangan ‘Hard to Heart’ dimana Pak Nil bertanyakan soalan berkaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan juga bertanyakan siapa Ira Kazar.

Menerusi video tersebut, Syamsul hanya mampu "kunci mulut". Tindakan Syamsul yang tidak menjawab soalan itu menimbulkan rasa kurang senang dan kecewa dalam kalangan netizen.

Segelintir netizen berpendapat bahawa tindakan berdiam diri Syamsul sebenarnya adalah ‘jawapan’ dan sepatutnya Syamsul memberikan jawapan agar tidak menimbulkan spekulasi lain.

Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan satu tindakan undang-undang dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar. Harapnya krisis ini berakhir dengan segera dan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.