Syamsul Yusof Nafi Pukul Isteri, Dedah Puteri Sarah Akui Sudah Ada Orang Lain

22 Mar 2023 • 7:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Syamsul tidak percaya dakwaan itu keluar daripada mulut isterinya yang tergamak mengeluarkan tohmahan sebegitu terhadapnya. - Gambar Helmi Anuar

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menegaskan dia tidak pernah walau sekali memukul isterinya, Puteri Sarah Liyana seperti yang didakwa pelakon wanita tersebut.

Jelas Syamsul, dia tidak percaya dakwaan itu keluar daripada mulut isterinya yang tergamak mengeluarkan tohmahan sebegitu terhadapnya.

“Dia kata saya pukul, tak beri nafkah. Saya terpinga-pinga bila tahu dia buat dakwaan sebegitu. Mungkin dia benci saya ketika itu, tapi takkan sampai begini? Dia tahu saya tak pernah walau sekali memukul dia. 

"Saya ada menghubungi dia selepas itu dan cakap sampai hati awak buat begini. Awak tahu saya tak pernah pukul awak pun. Kalau benci dengan saya sekalipun bukan ini caranya," kata Syamsul ketika ditemui di sidang media khas.

image is not available
Syamsul (empat dari kiri) berkata demikian ketika satu sidang media khas yang diadakan petang tadi. - Gambar oleh Helmi Anuar

Tambah pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Seorang Pahlawan  ini lagi, sebagai seorang yang mempunyai anak perempuan, ibu dan adik perempuan tidak mungkin dia akan mengasari wanita. 

Dalam pada itu, Syamsul mendedahkan, dia berulang kali mencuba mengajak Puteri Sarah untuk berbincang namun, isterinya sering kali menolak permintaan itu.

“Saya ada hubungi dia untuk berbincang menyelesaikan kemelut ini. Saya tanya apa dia mahu? Bukan mahu terus bercerai, berbincang dahulu.

“Malangnya bila saya hubungi, dia minta dilepaskan dan cakap sudah ada orang lain," ujarnya. 

Menjawab mengenai permohonan Puteri Sarah tentang hak penjagaan anak, kata Syamsul, dia tidak akan menjadi seorang yang kejam dengan cuba memisahkan ibu dan anak. - Getaran, 22 Mac 2023